Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 58:

Al-kisah meriwayatkan ayat ini diturunkan, apabila penjaga kunci kaabah enggan memberi kunci kepada Nabi, maka Ali bin Abi Talib memulas tangan beliau lalu mengambil kunci tersebut dan serahkan kepada Nabi, kemudian Nabi membuka pintu kaabah lalu sembahayang 2 rakaat, manakala baginda keluar dari kaabah maka bapa saudaranya Abbas bin Abdul Muttalib meminta supaya baginda menyerahkan kunci itu kepadanya, tapi Nabi tidak serahkan kunci itu kepadanya.

Maka turun ayat ini, kemudian Nabi menyuruh  Ali menyerahkan kunci itu kepada Othman penjaga kunci kaabah dan meminta maaf dan membaca ayat ini dihadapan Othman, lalu Othman terharu dan terus memeluk agama Islam. Apabila Othman meninggal, maka kunci itu diserahkan kepada saudaranya bernama Syaibah, dan jadilah kunci itu sebagai warisan amanat yang perlu dijaga hingga kehari ini.

Adapun perintah menyampaikan amanat ini ditujukan kepada umat manusia yang mukallaf, dan amat itu ialah;

  1. Amanat dengan Allah, iaitu menunaikan perintah Allah dan meninggalkan tegahan Nya.
  2. Amanat dengan diri sendiri, iaitu menjaga segala anggota badan supaya tidak berbohong, tidak mengumpat.
  3. Amanat dengan sesama manusia, iaitu menjaga kepentingan hal ehwal masyarakat supaya aman sejahtera.

Oleh itu tunaikan amanat kepada orang yang telah memberi kepercayaan kepada kamu, dan janganlah berkhianat kepada orang yang telah berkhianat kepada mu.   Tidak ada iman seseorang itu selagi tidak amanat, dan tidak ada agama seseorang itu selagi tidak memegang janji.

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik yang mengajar manusia  akan perkara yang baik-baik supaya memegang amanat.  Maka menghukum antara manusia hendaklah dengan adil, dan ini memerlukan perkara seperti berikut;

  1. Memahami kedudukan pendakwaan samada dari pendakwa mahu pun didakwa, dengan hujjah dan alasan yang kukuh berserta saksi yang jelas maksudnya.
  2. Jangan ada perasaan menyebelah mana-mana pihak, supaya tidak berat sebelah.
  3. Mestilah pengadil itu mengetahui hukum syarak didalam menyelesaikan perselisihan kedua belah pihak berdasarkan Quran Hadis dan persepakatan keputusan suara ijmak ulamak.
  4. Latikan pengadil tentunya orang yang berkeboolehan dalam urusan hukum dan agama.

 Sesungguhnya Allah mendengar hukuman yang kamu jatuhkan secara adil atau aniaya, dan Allah melihat amanat yang telah kamu tunaikan atau yang kamu khianati.  Oleh itu takutlah akan seksaan Allah..

,
Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 59:
Lanjutan dari ayat diatas (5.4.58),

Maka orang yang beriman hendaklah mentaati Allah, Rasul dan Ulil Amri, kerana menjaga kemasalahatan umum untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia ;-  

  1. Taat kepada Allah, ialah mengamalkan isi Al-Quran dan percaya kepada kitab-kitab sebelumnya.
  2. Taat kepada Rasul, ialah mengamalkan hadis-hadisnya dan mengambil tauladan tingkah laku Nabi.
  3. Taat kepada Ulul Amri, ialah patuh kepada orang yang mengetahui urusan agama dari kalangan kaum muslimin.

“Ulul Amri” mempunyai pengertian yang luas yang meliputi pemimpin, pemerintah, ketua tentera, hakim, dan alim ulamak yang taat kepada Allah dan Rasul.  Mereka ini juga digelar sebagai “Ahlihalli Walaqdi” membawa maksud orang yang berkebolehan menyelesaikan urusan dan menyelenggarakan hal ehwal manusia serta takut kepada Allah.

Sekiranya berselisih faham didalam sesuatu perkara maka kembalilah kepada Quran dan Sunnah (hadis-hadis), dan sekiranya perkara itu tidak jelas nasnya maka hendaklah serahkan kepada Ulil Amri untuk menimbangkan perkara itu, kemudian tunggulah keputusan dari Ulil Amri dari kalangan ulamak dan mesti bermesyuarat sesama mereka terlebih dahulu untuk membuat keputusan bersandarkan kepada Quran, Sunnah, Hadis ,Kias dan Ijmak.  Apabila keputusan telah dibuat maka hendaklah patuh keputusan yang telah diputuskan dalam majlis ulamak (Ulil Amri) itu.   

Merujuk kepada perkara diperselisihkan itu, apabila telah mendapat keputusan dari Ulil Amri, adalah menandakan keimanan seseorang, dan apabila enggan untuk berbuat demikian menandakan pula mereka itu tidak beriman, maka perbuatan patuh kepada keputusan Uli Amri itu adalah sebaik-baik dan bagus kesudahan nya.

#ustaz #ulamak #hakim #peguam

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s