6.5.27.
Juz:6,Surah:5.
,
Surah 5, Ayat 27:
Surah 5, Ayat 28:
Surah 5, Ayat 29:
Surah 5, Ayat 30:
Surah 5, Ayat 32:
Surah 5, Ayat 32:

Ayat diatas mengisahkan dua  orang anak Adam yang bertakwa kepada Allah dan yang engkar perintah Allah. Dan pada akhir ayat tersebut mengisahkan tentang hukuman kepada kaum bani Israel bahawa barang siapa dari kalangan mereka membunuh manusia dengan tiada kesalahan maka seolah-olah  mereka telah membunuh manusia seluruhnya.

Adam dan Hawa diturunkan kebumi dan setelah 100 tahun hidup diatas muka bumi maka barulah melahirkan anak sebanyak 20 kali dan mendapat 20 anak lelaki dan 19 anak perempuan, dan anak sulungnya lelaki bernama Qabil dan anak bongsu lelakinya bernama Abdul Mugihith, dan disinilah berkembang biak manusia diatas muka bumi sampai kehari ini. Nabi Adam sempat melihat anak cucunya seramai 40,000 orang sebelum beliau meninggal dunia.

Alkisah 2 orang anak lelaki yang bernama Qabil dijodohkan dengan Labuda dan Habil dijodohkan dengan Iqlima, yang mana Qabil kembar dengan Iqlima dan Habil pula kembar dengan Labuda. Qabil tidak bersetuju dia dijodohkan dengan Labuda kerana tidak cantik dan tapi Habil  menerima sahaja perintah dari ayahnya Adam. Maka Nabi Adam memerintahkan keduanya mempersembahkan korban kepada Allah. Apabila tiba masanya maka dibawa peresembahan itu diatas bukit dan Nabi Adam berdoa kepada Allah, maka persembahan dari Habil diterima Allah dan persembahan dari Qabil hanya dimakan oleh burung-burung disekelilingnya. Qabil naik marah dan mencari jalan untuk membunuh Habil, akhirnya Qabil berjaya membunuh adiknya itu. Setelah membunuh adiknya itu maka Qabil tidak tahu apa hendak buat terhadap mayat itu, maka Allah utuskan burung gagak untuk tunjuk cara bagaimana hendak menanam mayat tersebut.

Alkisah korban kambing yang disediakan oleh Habil itu telah dinaik kelangit dibawa kesyurga dan kambing kibas itu hidup disyurga sampailah dizaman Nabi Ibrahim. Ketika Ibrahim menerima perintah menyembelih anaknya Ismail, maka Allah tukarkan kepada kambing kibas tersebut  untuk dijadikan korban oleh Nabi Ibrahim.

Pada ayat 6.5.27 diterangkan bahawa Allah menyuruh Rasul supaya membaca ayat Al-Quran kepada kaumnya tentang kisah dua orang anak adam yang bernama Qabil dan Habil, dan Qabil membantah perintah Allah, kemudian diperintah pula menyediakan persembahan korban untuk Nya. Setelah 2 korban dipersambahkan, maka korban Habil  sahaja dierima  Allah, kerana persembahan dari Habil itu baik jenisnya dan pemberian yang tulus ikhlas dihati Habil serta bertakwa memelihara diri dari kejahatan. Dan korban Qabil tidak diterima oleh Allah, kerana korban yang disediakan oleh Qabil tidak baik jenisnya dan tidak ikhlas dihati Qabil.

Maka Qabil menyimpan dedamnya sehinggalah Nabi Adam berhajat ke Makkah kerana hendak menziarah Baitullah di Mekah, maka Nabi Adam memesan amanah untuk menjaga anak-anaknya kepada langit dan bumi dan masing-masing enggan memikul tanggung jawab itu dan enggan menerima amanah pesanan dari Nabi Adam (lihat ayat 72 surah Ahzab), kemudian Nabi Adam berpesan amanat untuk menjaga keluarga anak Adam kepada anak-anaknya dan kemudian disambut oleh Qabil  dan menjawab “saya sanggup, dan nanti bila ayah kembali akan mendapati segalanya akan memuaskan hati ayat”, maka pergilah Nabi adam ke Mekah. Dan inilah peluang Qabil untuk membalas dendam kepada adiknya Habil.

Pada ayat 6.5.28 diterangkan tentang Qabil menemui Habil ditempat penternakan kambing lalu berkata “aku bersumpah hendak membunuh mu, kerana Allah hanya menerima  korban mu sahaja dan menolak korban ku dan engkau kahawini adik ku yang cantik, sedangkan aku dikhawini dengan adik mu yang hodoh”.

Maka jawab Habil, kalau engkau cuba mempergunakan kekerasan untuk membunuh aku dengan tangan mu, aku tak mahu membalas kekerasan itu kepada mu dan aku tak mahu membunuh mu, bahkan ku serahkan diri ku kepada Allah. Habil menyerah diri kepada Allah dan mematuhi hukum dari Allah lalu berkata “sesungguhnya aku takut kepada Allah seru sekalian alam”.

Pada ayat 6.5.29 pula, Habil berkata lagi, “aku ingin supaya engkau memikul dosa kerana membunuh aku dan dosa engkau sendiri yang akan menjadi penduduk neraka”.

Merujuk kepada tafsir sejarah sebab Habil teringin sangat dia dibunuh, kerana mengiut firasat Habil bahawa ada tanda-tanda ajalnya hampir tiba ditangan  Qabil yang jelas bermakaud jahat dan derhaka kepada Allah, dan akhirnya Qabil akan diseksa dan dimasuk kedalam neraka kerana membumuh, hasad, dengki dan melanggar perintah bapa nya Adam.

Dan inilah balasan kepada orang yang zalim yang akan menjadi penduduk neraka kerana kezalimana mereka sendiri.

Nabi s.a.w ada bersabda, jika mukmin bertempur dengan mukmin dan dua orang muslim dengan pedang masing-masing, lalu seorang membunuh lawan nya (muslim), maka si pembuunuh dan yang terbunuh itu keduanya akan dihumban kedalam neraka. (lihat ayat 6.5.32).

Pada ayat 6.5.30 menceritakan peristiwa selanjutnya, Qabil tidak dapat mengawal nafsunya, lalu membunuh Habil hasil dari godaan Iblis yang menjelma sebagai burung dan menghentak kepala burung yang lain dengan batu dan burung itu mati, jadi Qabil tahulah cara untuk membunuh Habil. Dan apabila didapati Habil sedang tidur terlena dilereng sebuah bukit, maka Qabil ambil batu besar dan dihampaskan keatas kepala Habil, maka matilah Habil. Dan Qabil menjadi orang yang rugi, kerana kehilangan saudara yang baik lagi soleh. Kemudian Qabil terumbang-ambing tidak tahu untuk mengurus mayat adiknya, lalu  Allah menghantar burung sebagai panduan untuk tunjuk bagaimana cara menanam mayat adiknya. Maka selesailah Qabil menanam mayat adiknya, (lihat ayat 6.5.31).

Sekembalinya Adam dari Mekkah, Adam mendapati Habil sudah tiada dan mengetahui Qabil yang membunuh Habil, maka Adam telah murka dan marah yang amat sangat, kemudian dihalau Qabil dari keluarga Adam. Maka Qabil melarikan diri membawa Iqlima bersama menuju keperkampungan yang bernama Adan dinegeri Yaman. Sekali lagi Qabil telah dihasut oleh Iblis supaya menyembah api, yang mana Iblis memberi tahu bahawa korban Habil itu telah dimakan api adalah disebabkan Habil menyembah api. Maka Qabil pun membuat rumah api dan Qabil dan seluruh anak cucunya mengikuti jejak langkah Qabil. Dan Qabil adalah manusia yang mula-mula menyembah api hinggalah anak cucu keturunan Qabil menyembah api hinggalah ke zaman Nabi Sulaiman.

Pada ayat 6.5.31 menceritakan tentang Qabil dalam kebodohan tidak tahu mengurus mayat adiknya yang dipikul kesana kemari selama 40 hari lama nya.  Maka Allah telah memberi ihlam  bagaimana cara menanam mayat tersebut supaya menjadi tauladan kepada umat manusia hingga kehari ini. Qabil memerhatikan dua ekor burung gagak yang berkelahi lalu salah satu pun mati, maka burung gagak itu mengali lubang dan menanam bangkai burung itu. Melihat kejadian itu maka Qabil pun meniru cara burung menanam burung yang sudah mati, maka Qabil tanamlah adiknya seperti yang dilakukan oleh burung itu.

Pada ayat 6.5.32 menceritakan perbuatan durjana yang dilakukan oleh Qabil, maka Allah telah menetapkan wajib nya hukum qisas keatas kaum bani Israel, yang mana membunuh sesama manusia adalah dosa yang sangat besar. Namun kaum Bani Israel tetap melakukan pembunhan liar ganas terhadap sesama manusia yang tidak berdosa hinggakan mereka sanggup membunuh para nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah.  Ini menunjukkan betapa keras dan kejamnya hati-hati kaum bani Israel.

Maka Allah telah menetapkan kepada kaum bani Israel, bahawa barang siapa membuat bencana membunuh seorang manusia dengan tiada sebarang kesalahan maka seolah-olah samalah membunuh manusisa seluruhnya.

Dan barang siapa memelihara kehidupan seseorang itu, maka seolah-olahnya dia telah memelihara kehidupan manusia seluruhnya.  (lihat ayat 6.5.33).

 

 

.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s